31 Januari 2008

MANUSIA PERAK (PERAK MAN)


Salah satu buku yang mencatitkan sejarah penemuan rangka Perak Man..

Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.


Kedudukan rangka Perak Man semasa penemuannya..


Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya sebagaimana ia ditemui.


Replika rangka Perak Man..

Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya.


Ilustrasi kehidupan manusia zaman pra sejarah..
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.

Ilustrasi bagaimana Perak Man dikebumikan selepas kematiannya..

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.


My Kad Perak Man.. Salah satu bahan pameran di Muzium Arekologi Lenggong..


Rangka Perak Man yang disemadikan di Muzium Arkeologi Lenggong untuk tatapan umun..


Pintu Masuk ke Muzium Arkeologi Lenggong..


Pintu Masuk Utama Pejabat Pentadbiran Muzium Arkeologi Lenggong..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang perak tuh dibuat daripada perak/silver ker hehehe...

Tanpa Nama berkata...

saya suke blog,ia memberi banyak maklumat...

:) berkata...

perak man nih wujud pada zaman apa? paleolitik ker neolitik ker mesolitik ker zaman logam?

Efair berkata...

sy rs perak man ni misteri, mungkin ada kaitan dgn sejarah nabi2?

som berkata...

Blog ko ngam la beb

Tanpa Nama berkata...

Sejak Nabi Allah Adam dan Siti Hawa diturunkan ke dunia hingga ke zaman Nabi Allah Idris dan Nabi Allah Nuh dianggarkan dalam 2500 tahun, umat manusia telah berkembang-biak hingga beratus juta orang dan telah bertebaran di empat penjuru dunia. Menurut Al Quran Allah SWT telah membinasakan sebanyak 12 kaum manusia. Kaum pertama yang dibinasakan adalah kaum Sumur atau MU atau Lumeria, kaum DATARAN BAWAH bertamadun tinggi di zaman Nabi Allah Nuh dengan banjir besar di empat penjuru dunia. Kaum kedua pula adalah kaum Aad atau Add atau Atlantis, kaum DATARAN RENDAH dibinasakan dengan ribut pasir di zaman Nabi Allah Hud. Akibat dari banjir besar berkenaan telah membentuk beratus ribu pulau besar dan kecil serta benua-benua, akibat dari ribut pasir pula telah membentuk banyak padang-padang pasir di serata dunia. Dari 2 kejadian tersebut tidak sedikitpun mengakibatkan kebinasaan pada kaum DATARAN BUKIT dan DATARAN TINGGI. Kemudian Allah SWT membinasakan pula kaum Saba' di zamam Nabi Allah Sulaiman dengan banjir besar kali ke 2 dipanggil Al Arim di negeri Iram. Kaum DATARAN BUKIT telah terpisah di berbelas ribu pulau dan tanah besar dan tersisih dari segala bentuk ketamadunan sejak beribu tahun hinggalah ditamadunkan oleh pembawa Ajaran Ibrahim, pembawa agama buddha dan pembawa agama hindu. Jika dihitung dari zaman Nabi Allah Adam hingga ke hari ini secara rambangnya dianggarkan cuma dalam 9000 tahun. Persoalannya dari FIRMAN ALLAH yang manakah menyatakan ada umat manusia keturunan Nabi Allah Adam yang penemuan rangkanya berumur lebih dari 10 ribu tahun??? Dalam KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW BAGINDA ADA MENYEBUT 2 PENINGGALAN YANG JIKA KITA IKUT DENGAN SEPENUHNYA PASTI DAN NYATA KITA TAK AKAN TERSESAT...AL QURAN DAN SUNNAH BAGINDA. Di sini jelas para pengkaji dan pakar arkeologi yang menjalankan kajian tersebut terang-terang sesat dan menyesatkan, adabaiknya mereka bawak bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

Tak ngam langsung!!! Sesat dan menyesatkan!!!

Tanpa Nama berkata...

Maklumat sesat dan menyesatkan!!!

Tanpa Nama berkata...

Ajaran Sesat dari kajian sesat!!!

Tanya Khidir berkata...

12 KAUM DIBINASKAN ALLAH SWT...dan kaum ke12 dibinasakan dengan banjir Al Arim, BANJIR KE2. 12 dan 2 adalah angka genap, angka yang tidak disukai Allah...pasti akan ada KAUM ke13 dan BANJIR BESAR KE3. Mengikut kajian geologi kawasan yang bakal lenyap dari peta dunia adalah kawasan LINGKARAN API PASIFIC atau PACIFIC RING FIRE/LINGKARAN GEMPA, PULAU-PULAU YANG DIPENUHI GUNUNG-GUNUNG BERAPI AKTIF dan ANCAMAN THUNAMI serta BANJI TERBESAR dalam dunia akibat GLACIERS CONFLICT dan KECAIRAN KHUTUB. Kesan dari kejadian itu 1/3 dari SEMENANJUNG TANAH MELAYU juga bakal tenggelam dan terancam. Ini tidak bertentangan dengan WORDS OF GOD berita dalam Al Quran yang menyebut pasal TIUPAN SANGKAKALA yg akan menyebabkan letupan berturut-turutan (lingkaran gempa dan letupan beratus-ratus gunung berapu di seluruh kepulauan Indonesia). Al Quran menyebut AIR SETINGGI GUNUNG (thunami besar-besaran akibat letupan gempa). Al Quran juga menyebut ASAP beracun...apabila manusia menyedutnya darah akan keluar dihidung dan telinga, manakala ibu yang menyusukan anak akan membiarkan anak-anak mereka bergelimpangan (asap beracun dari letusan beratus gunung berapi) antara tanda-tanda kedatangan petaka tersebut menurut berita Al Kitab...sejenis ikan akan naik ke pantai.